Sebagai seorang atasan, memberi nasihat kepada anak-anak
buah adalah bermakna tugas. Memberi nasihat adalah tugas hakiki atasan.
Nasihat itu ada dibagi 2, yang pertama adalah yang disebut 'nasihat involuntari' atau 'nasihat atas permintaan'. Nasihat yang diberikan tanpa diminta disebut 'nasihat voluntari' atau 'nasihat sukarela'.
Faktor-faktor yang menyebabkan nasihat voluntari (sukarela/tidak diminta) tidak berkesan adalah:
1. Kelayakan:
Orang yang berasa dirinya lebih baik, lebih betul, lebih
tahu, ataupun lebih pandai dan yakin dia layak menasihati orang
lain. Apabila orang yang dinasihati berasa dalam keadaan tersebut,
dia akan menolak nasihat itu.
2. Tuduhan:
Di balik kata-kata nasihat adalah tuduhan halus bahawa si
penasihat menuduh orang yang dinasihati itu bukan orang yang baik-baik.
3. Konten:
Kata-kata nasihat mengandungi penilaian negatif dan kritikan terhadap orang yang dinasihati.
4. Permintaan:
Nasihat itu diberikan tanpa diminta.
5. Memasuki ruang peribadi:
Memberi nasihat yang tidak diminta adalah tingkah laku memasuki tanpa izin ruang psikologi orang lain.
6. Self-esteem:
Nasihat yang tidak diminta, sama ada yang diberikan secara privasi maupun secara terbuka, adalah menjatuhkan self-esteem orang yang dinasihati.
7. Hukum budaya:
Dalam banyak budaya, nasihat yang sopan diberikan dari-atas-ke-bawah. Sebagai contoh, orang tua boleh menasihati orang muda, tetapi tidak sebaliknya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar